Monday, May 08, 2006

Another hamper to the voters

Series of hampers:

Kelantan - University?

Terengganu - University .....
and now.............. here we go....

Sarawak bakal miliki lapangan terbang, pelabuhan baru

LAWAS 8 Mei - Lawas bakal mempunyai sebuah lapangan terbang baru yang dapat meningkatkan daya saing bandar di utara Sarawak ini.

Menteri Perancangan dan Pengurusan Sumber II Sarawak, Datuk Awang Tengah Ali Hassan berkata projek bernilai RM150 juta itu yang diluluskan kerajaan pusat di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan akan dimulakan tahun ini.

Beliau memberitahu Bernama di sini hari ini, lapangan terbang itu dapat mengendalikan pesawat jenis Fokker tetapi kerajaan merancang meningkatkan keupayaannya untuk mengendalikan pesawat lebih besar pada masa depan.

Bagi menjamin daya maju lapangan terbang itu, kerajaan Sarawak dan Sabah akan membincangkan program kerjasama untuk membangunkan kawasan sempadan kedua-dua negeri, katanya.

Selain lapangan terbang, Awang Tengah yang juga Menteri Kemudahan Awam berkata sebuah pelabuhan baru akan dibina di sini dan tapaknya sudahpun dikenal pasti.

``Dengan adanya pelabuhan tersebut, Lawas berpotensi menjadi pusat eksport bagi pelbagai produk yang ada di sekitar kawasan sempadan di sini,'' katanya.

Beliau yang juga penyandang bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lawas yang kini dinamakan Bukit Sari berikutan persempadanan semula oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada tahun lepas, berkata Lawas juga akan memiliki sebuah hospital baru yang dianggarkan bernilai RM85 juta.

Mengenai pilihan raya negeri Sarawak kesembilan pada 20 Mei ini, Awang Tengah yang dicalonkan semula untuk bertanding berkata Barisan Nasional (BN) bersedia menerima tentangan daripada calon bebas atau calon parti pembangkang.

``Saya bersedia kerana saya tidak memperkecilkan peluang semua pihak dan saya serah pengundi untuk tentukan nasib mereka sendiri,'' katanya.

Bukit Sari yang majoriti pengundi Melayu mempunyai pengundi berdaftar seramai 9,373 orang yang terdiri daripada petani, peniaga dan kakitangan awam serta kakitangan di syarikat persendirian.

Pada pilihan raya negeri 2001, Awang Tengah menewaskan calon Keadilan Japar Suyut dengan undi sebanyak 6,299 berbanding 289 undi yang diperolehi oleh calon pembangkang itu.

- Bernama

1 comment:

fathi aris omar said...

Ya, ya buku "Asian Cyberactivism: Freedom of Expression and Media Censorship" memang menarik; harus baca dan fahami ...

Saya menulis begini persoalan tersebut: http://patahbalek.blogspot.com/2006/05/power-sangat-ke-blog.html