Thursday, May 25, 2006

Apa ada pada politik?

'Politik dengan demikian sudah seperti sex: ramai-ramai dianggap kotor, tapi ramai-ramai pula dikerjakan -- terkadang dengan cara tidak legal ataupun tidak senonoh. Dan jika seorang pakar ilmu politik misalnya membedakan sebuah gerakan moral dari gerakan politik, maka ia pun mungkin korban kebingungan yang sama: seakan-akan yang politik bisa dipisahkan habis dari yang moral, dan sebaliknya.' Goenawan Mohamad

Hari ini membuka kata dengan meminjam tulisan Pak Goenawan dari Catatan Pinggirnya. Sebetulnya apa yang ingin diluahkan ialah bagaimana istilah politik telah disalahfahamkan dengan makna yang yang cukup memualkan. Politik dikaitkan dengan rasuah, salah guna kuasa, jatuh-menjatuhkan kawan dan yang paling berat membelakangkan kepentingan rakyat. Pelajar seringkali ditakut-takutkan dengan politik, kakitangan kerajaan tidak boleh berpolitik (habis tu apa yang dia orang buat kat pejabat? bukankan pentadbiran awam itu sebahagian daripada disiplin sains politik?) sehinggakan pensyarah universiti melontarkan kata-kata, ' saya seorang ahli akademik yang tidak mahu berpolitik', nah, habis umat ini bila mahu memisahkan politik dengan kehidupan seharian.... Jadi mari kita bincangkan bagaimana menyucikan politik.....

Monday, May 08, 2006

Another hamper to the voters

Series of hampers:

Kelantan - University?

Terengganu - University .....
and now.............. here we go....

Sarawak bakal miliki lapangan terbang, pelabuhan baru

LAWAS 8 Mei - Lawas bakal mempunyai sebuah lapangan terbang baru yang dapat meningkatkan daya saing bandar di utara Sarawak ini.

Menteri Perancangan dan Pengurusan Sumber II Sarawak, Datuk Awang Tengah Ali Hassan berkata projek bernilai RM150 juta itu yang diluluskan kerajaan pusat di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan akan dimulakan tahun ini.

Beliau memberitahu Bernama di sini hari ini, lapangan terbang itu dapat mengendalikan pesawat jenis Fokker tetapi kerajaan merancang meningkatkan keupayaannya untuk mengendalikan pesawat lebih besar pada masa depan.

Bagi menjamin daya maju lapangan terbang itu, kerajaan Sarawak dan Sabah akan membincangkan program kerjasama untuk membangunkan kawasan sempadan kedua-dua negeri, katanya.

Selain lapangan terbang, Awang Tengah yang juga Menteri Kemudahan Awam berkata sebuah pelabuhan baru akan dibina di sini dan tapaknya sudahpun dikenal pasti.

``Dengan adanya pelabuhan tersebut, Lawas berpotensi menjadi pusat eksport bagi pelbagai produk yang ada di sekitar kawasan sempadan di sini,'' katanya.

Beliau yang juga penyandang bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lawas yang kini dinamakan Bukit Sari berikutan persempadanan semula oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada tahun lepas, berkata Lawas juga akan memiliki sebuah hospital baru yang dianggarkan bernilai RM85 juta.

Mengenai pilihan raya negeri Sarawak kesembilan pada 20 Mei ini, Awang Tengah yang dicalonkan semula untuk bertanding berkata Barisan Nasional (BN) bersedia menerima tentangan daripada calon bebas atau calon parti pembangkang.

``Saya bersedia kerana saya tidak memperkecilkan peluang semua pihak dan saya serah pengundi untuk tentukan nasib mereka sendiri,'' katanya.

Bukit Sari yang majoriti pengundi Melayu mempunyai pengundi berdaftar seramai 9,373 orang yang terdiri daripada petani, peniaga dan kakitangan awam serta kakitangan di syarikat persendirian.

Pada pilihan raya negeri 2001, Awang Tengah menewaskan calon Keadilan Japar Suyut dengan undi sebanyak 6,299 berbanding 289 undi yang diperolehi oleh calon pembangkang itu.

- Bernama

Selamat datang aktor baru ruang sivil

Tun Dr Mahathir terus memahat namanya dalam politik tanahair. Boleh diibaratkan bakal menjadi seorang lagenda politik di negara ini, beliau terus menjadi tumpuan utama dalam senario politik Malaysia. Beliau seoalah-olah memberi isyarat bahawa penyerahan jawatan Perdana Menteri dan Presiden UMNO bukan membawa erti untuk tidak mencampuri urusan pentadbiran dan juga politik semasa. Bermula dengan komen bahawa pemerintah sekarang lemah kerana tidak mempunyai pembangkang yang kuat (merujuk kepada kemenangan besar BN dalam pilhan raya 2004), Dr Mahathir terus menggunakan kapasitinya, seperti yang sering dinyatakan beliau, sebagai seorang rakyat biasa yang mempunyai hak untuk bersuara, untuk mempersoalkan beberapa tindakan pemerintah atau lebih tepat lagi jentera pimpinan Pak lah.

Apa yang menarik untuk dibincang ialah bagaimana Dr Mahathir telah menggunakan ruang yang sentiasa dianggap sebagai ancaman kepada pemerintahannya dahulu iaitu ruang sivil untuk menghantui Perdana Menteri yang direstui untuk menggantikan beliau. Masyarakat sivil yang mudah difahami dalam konteks demokrasi negara ini ialah bagaimana individu-individu dan NGO mempunyai kebebasan untuk berkongsi kepentingan dan menyuarakannya untuk kepentingan mereka. Ruang ini sebenarnya cukup bermakna untuk menjelmakan konsep demokrasi walaupun terdapat pendekatan daripada golongan Marxis bahawa masyarakat sivil merupakan satu agen untuk menukar kerajaan yang sedia ada. Namun, pengamal masyarakat sivil di negara ini menyerahkan urusan perebutan kuasa politik kepada parti-parti politik.

Perjalanan masyarakat sivil semasa pemerintahan beliau seringkali dikritik oleh pengamal-pengamal ruang ini dan juga parti pembangkang. Peringkat awal pemerintahan beliau diserikan dengan pembebasan beberapa orang tahanan ISA tetapi beliau mula melihat bagaimana ruang sivil yang ada di negara ini sebagai satu ancaman besar kepada pemerintahan BN apabila Operasi Lalang 1987 telah menafikan kebebasan beberapa aktivis sosial dan politik di negara ini. Akta-akta seperti ISA dan OSA cukup membebankan aktor-aktor sivil dan politik di Malaysia. Ia cukup untuk membuktikan bagaiman masyarakat sivil ini sentiasa diawasi oleh pemerintahn Dr Mahathir.

Oleh itu, apa yang dapat diperhatikan pada perkembangan mutakhir penglibatan Dr. Mahathir dalam menyuarakan pandangan beliau terhadap beberapa isu penting dalam pemerintahan Pak Lah dapat menjelaskan bagaimana beliau menggunakan senjata yang sering mencucuk beliau untuk turut sama dirasai Pak Lah. Isu berkenaan dengan penjualan saham augusta milik proton, pengagihan AP dan yang terkini berkenaan dengan pembatalan pembinaan jambatan menggantikan Tambak Johor telah memeriahkan masyarakat sivil di negara kita. Isu ini berlanjutan apabila Dr. Mahathir telah menyatakan bagaimana beliau telah dinafikan hak untuk bersuara. Ini berpunca daripada keengganan pengamal media utama di negara ini yang kebanyakannya dimiliki oleh parti-parti di bawah BN untuk menyiarkan komentar beliau. Sebagai alternatif, beliau telah menggunakan internet sebagai saluran untuk meluahkan pandangan melalui beberapa surat terbukanya yang dituju khusus kepada pemerintah sekarang.

Dr. Mahathir nampaknya banyak belajar daripada pergerakan sivil yang lain dalam mengamalkan advokasi sosial yang mana pada tahun 1990-an internet menjadi ruang yang paling berkesan untuk melontarkan kritikan sosial dan politik terhadap pemerintah. Dalilnya, semasa pemerintah beliau, sebagai contoh, Malaysiakini seringkali diancam dan kemuncaknya pejabat Malaysiakini telah diserbu polis dan beberapa komputer telah dirampas. Ini kerana media alternatif ini sering memuatkan bukan sekadar berita tetapi ulasan yang kritikal terhadap beberapa tindakan pemerintah. Sejarah berulang, Dr M telah memilih untuk menggunakan ruang siber ini bagi mempertahankan kepentingan legasi pemerintahannya dahulu setelah dipinggirkan oleh media arus perdana.

Untuk seketika, kita lupakan kenangan masyarakat sivil ketika zaman Dr. Mahathir. Mari kita meraikan kedatangan aktor baru masyarakat sivil, aktor yang mungkin dapat memberi udara segar untuk ruang ini terus berlegar dalam meletakkan kepentingan rakyat sebagai pusat utama pemerintahan regim BN.