Thursday, June 22, 2006

Kaki judi dinasihatkan sentiasa dekat dengan Samy Vellu

Kemeriahan Piala Dunia 2006 di Jerman telah memeriahkan industri pertaruhan dengan masing-masing meramalkan pasukan yang bakal menjulang piala paling berprestij itu. Di tengah kemeriahan ini, satu peluang kepada kaki judi untuk meraih keuntungan besar apabila tukang nujum paling berprestij telah memunculkan dirinya. Cuma beliau enggan untuk menyatakan secara terbuka berkenaan dengan pasukan mana yang akan menjadi juara tetapi sedikit klu telah diberi di mana beliau telah menyebut mungkin Argentina. Dari satu sudut lain, iaitu di luar ruang lingkup piala dunia, beliau telah memberikan satu sokongan terbuka kepada satu pasukan. Pasukan ini akan berentap esok. Bagi saya ia lebih hebat dari perlawanan Perancis menentang Togo.....

' I don't want to support any team, because whatever team I support will win' ( theSun p. 2)
Jadi S. Subra harus berjaga-jaga.... mungkin pengadil telah memakai jersi pihak lawan...