Ke Makam Bonda |
Kami mengunjungi pusara bonda, Tegak kami di makam sepi, Dalam kenangan kami melihat, Bibir bonda bersih lesu, Nisan batu kami tegakkan, Senyum kemboja menghantar kami, Begitulah bakti kami berikan, |
Tuesday, July 18, 2006
Ke Makam Bonda
Tuesday, July 04, 2006
AUKU dan pelajar
Ahad lalu, Menteri Pengajian Tinggi menunjukkan keinginan untuk mendapatkan maklum balas dari beberapa pihak bagi meminda AUKU. Ia merupakan satu langkah yang harus diberikan sokongan sepenuhnya. Sebenarnya, isu AUKU ini sepatutnya sudah lama dibincangkan secara terbuka apabila kita melihat bagaimana krisis pendidikan di negara ini yang dilihat tidak mencapai objektifnya untuk melahirkan pelajar yang mempunyai pemikiran yang kritikal. Menurut Prof Madya Azmi Shahrom, AUKU sememangnya menyekat kebebasan pelajar-pelajar pintar untuk berpersatuan dan melahirkan pandangan yang kritikal terhadap mana-mana pihak. Akta ini, perlu dipinda kerana ada beberapa seksyen seperti seksyen 15, 15D dan 16C yang menyekat kebebasan pelajar untuk menjadikan universiti sebagai medan mereka memberikan sumbangan kepada rakyat dan pemerintah mengikut aspirasi apa yang diajar dalam setiap kuliah yang diikuti. Tiada sebab untuk pelajar mengkritik kerajaan dari sudut takrifan demokrasi yang mereka belajar di dalam kelas berdasarkan prinsip sebenar ideologi tersebut kerana ia merupakan satu bentuk praktikal dalam ilmu sains sosial. Apa yang kita sepatutnya bimbang ialah apabila pelajar berdiam diri apabila melihat sesuatu yang bercanggah dengan apa yang dipelajarinya
Subscribe to:
Posts (Atom)